Tuesday, June 2

KeiNgiNaN YaNg TiADa BeRkuDrAt

Hanya sekadar berkongsi :
INI MERUPAKAN SALAH SATU TARIAN YANG MEMIKAT HATI...BERTUAH SESIAPA YANG MENARIKANNYA. NAMUN, ITU HANYA SEKADAR ANGAN2 KERANA TARIAN INI ADALAH TERLALU SUKAR UNTUK DITARIKAN..( MAU TERKEHEL SANA SINI )...DEK KERANA TIDAK MAMPU UNTUK MENARI DAN MEMPELAJARI JADI CUKUPLAH SEKADAR MENONTON DAN MENGETAHUI TENTANG LATAR BELAKANG TARIAN INI...MEH LE SAMA2 BACA CORETAN NI..HARAP TIDAK LE BOSAN...


Tarian klasik Bharata Natyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi, yang mana untuk menguasainya perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari demi untuk mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati ini secara lengkap, penuh dengan kegemilangan.
Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam peringkat di kenali sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan Nritya ( Tarian Ekspressi )


Interpretasi umum untuk nama Bharata Natyam:
BHA (ekspresi) + RA (muzik) + TA (irama) + NATYAM (tarian) = Bharata Natyam

Bharata Natyam merupakan manifestasi daripada idea dahulu kala iaitu perayaan alam semesta yang kekal melalui perayaan dari keindahan tubuh manusia. Beberapa teknik dalam Bharata Natyam boleh dikesan balik pada gaya Kaisiki. Semasa zaman pertengahan, raja-raja setempat sering mengundang penari-penari di candi iaitu devadasi untuk menari di istana, peristiwa ini melahirkan penari-penari kategori baru iaitu rajanarthakis. Seorang devadasi harus memenuhi jiwa sendiri semasa menari dan berserah kepada Tuhan, tetapi rajanarthaki menari untuk tujuan hiburan semata-mata. Walaupun sebahagian besar penari Bharata Natyam pada masa itu adalah menari untuk tujuan hiburan, namum begitu, tarian gaya Natya Shastra adalah tarian suci dalam upacara Hindu untuk meninggikan rohani para penonton.


Bharata Natyam adalah tarian yang dipersembahkan secara solo dengan dua aspek, pertama ialah lasya iaitu wanita yang lemah lembut, dan kedua ialah tandava iaitu aspek maskulin, yang sama konsep dengan Yin dan Yang di budaya Cina. Kejatuhan kerajaan Hindu di selatan menandakan kehilangan tarian gaya Natya Shastra. Tarian yang suci ini telah hilang ditelan zaman.


5 comments:

Norhuda Ahmad said...

oo tak de mood nak g kelas malam ni, rupa-rupanya yaya buat post tentang tarian india ye...kat mana la yaya belajar tentang tarian tu. tapi ada sikit-sikit la unsur tarian tu masa yaya menari sambutan hari guru yang lalu...ahaks.

yayaIBRAHIM said...

betul kak huda..memang tak de mood..RUNSING...pasal kawan2...hmmmm...buat post ni sebab nak hilangkan kemurungan tu....esok and lusa nak pi belajar menjahit harap2 dengan kesibukan ni buat hati saya tenang...masa ari guru tu menari tipu2 je...

Norhuda Ahmad said...

elokla juga g belajar menjahit tu. kalau duk sorang-sorang macam macam yang kite pk. sabar ye...

azhariahzuber said...

apa masalah ko yahya sampai tak gi kelas??? aku nak bagitau lecturer ko perangai buruk ko nih..ekekekekee.....wahh belajar menjahit??? aku malu tau yahya menjadi pompuan...apsal ko teror dari aku nih....adoiii

yayaIBRAHIM said...

azza - hmmm biasalah kadang2 datang malas..he2.. mana ada aku teror, ko pun teror gak...semua org ada kelebihan lah...jgn lupa diri atau bangga diri dengan kelebihan yang ada cukuplah...bahaya!.... Penat tau belajar jahit dah selesai sehari, esok sambung lagi...senget2 je aku jahit...