Thursday, July 30

ZiANa ZaiN



Ni le pertama kali aku terMISS tentang perkembangan Ziana Zain...rupa2nya akak cantik n vouge ni dah pun bersalin pada 23 julai 2009( bersalin 3 minggu awal dari jangkaan )...Apa apa pun tahniah sebab dapat babay kembar lelaki n pompuan... dah lengkap le idup akak ziana kite...as a peminat aku happy le....

Hmmm apa apa pun kena tunggu 100 hari baru dapat tgk Ziana Zain muncul kat media..biasalah pantang..

Friday, July 17

1 MaLaYsiA

11 Julai 2009...Jam 5:45 pagi berkumpul di sekolah
Jam 6:00 pagi bertolak ke Stadium Tasik Titiwangsa...
Lebih kurang jam 6:30 pagi sampai di Stadium Tasik Titiwangsa...berkumpul di astaka ( murid-murid mengantuk lagi tapi tetap ceria mungkin sebab tak sabar2 nak tengok Pelancaran 1 Malaysia Kementerian Pelajaran )...
Sesungguhnya memang menarik pelancaran 1 Malaysia ni...
Bagi kawan kawan dan murid-murid yang tak berpeluang sertai ( sebab tempat terhad hanya 30 orang je )lihatlah gambar kenangan yang sempat kuabadikan


Murid murid SKPI berkumpul di astaka....ngantuk tapi tetap posing...


PANCARAGAM DAN FORMASI...best......sangat berdisiplin


TARIAN GABUNGAN ETNIK DI MALAYSIA....biasa2 je..sb dah selalu tgk persembahan macam ni...


PERSEMBAHAN KAWAD BERIRAMA...dalam kawan ada muzik dan menari tapi tarian dalam bentuk kawad...menarik..


PERSEMBAHAN AKSI DARIPADA PASUKAN SORAK SMK SERI BINTANG UTARA...teruja n bahaya sb siap lambung2 orang lagi...


PERSEMBAHAN GENDANG CINA 24 MUSIM...menggegar


PERSEMBAHAN ALAT MUZIK YANG POPULAR DARI SABAH...


PERSEMBAHAN KOMPANG FORMASI ( JOHAN NEGERI SELANGOR...SK SUNGAI KERTAS, GOMBAK..)


DAH ABIS SEMUA SHOW...APA LAGI BERLARI DENGAN PENUH MERIAH...


INILAH 4 ORANG CIKGU YANG JADI GURU PENGIRING...sempatlah berseronok tgk show...

Friday, July 10

KEraNa KaWan......


Minggu ni aku sangat sibuk dengan pelbagai tugas sebagai seorang cikgu...minggu ni juga le aku mula kembali menjadi pelajar kelas malam...hmmm penat Tuhan je yang tau...tapi setiap kerja hakiki aku perlu lunaskan...


Hmmm dalam dok sibuk ni aku dapatlah panggilan tipon daripada bestfriend aku masa di maktab... dia memerlukan bantuan aku untuk siapkan murid2 dia yang menyertai pertandingan teater kanak2 peringkat wilayah...walaupun kerja berlambak-lambak kena buat tapi dek kerana kawan, aku pi jugaklah ( sebab pada aku kawan sangat penting. Yelah aku ni kan sebatang kara kat KL ni..)...Lagi pun aku memang suka buat keje keje macam ni....he he


Tajuk teater kawan aku ni " BEringin Merah"...kisah kanak2 dan alam fantasi... cantik kostum n props dia....walau apa pun, aku tak dapat tengok show ni sebab tak leh tunggu sampai malam....maklumlah dengan keadaan jadual tugas aku yang agak padat ni....tp sempat jugak tengok latihan....n sempat jugak aku try kustom cendawan ( aku suke sangat kustom cendawan ni..)


Ape2pun aku harap team kawan aku ni berjaya dalam pertandingan ni sb pertandingan ni dijalankan sampai akhir Julai ni...so belum ada result lagilah...

Sunday, July 5

SeNi YaNg Ku SuKa

Semalam aku seharian pi Jalan Tunku Abdul Rahman..bukan shopping apa2 pun cuma teman kawan aku Soleha Cikgu Bkt Teratai pi beli barang hantaran tunang untuk kakak dia... Hmmm dalam keadaan yang memboyot ( mengandung ) si Soleha ni bersemangat sungguh mencari barang2 yang diperlukan...




yelah semua tu nak mudahkan aku buat hantaran untuk kakak dia tu (dia mintak tolong aku gubah hantaran)...aku suka je sebab dah minat kan keje2 macam ni....tapi sempatkah aku buat????




walau pun kos buat ni benda ni semua tinggi tapi bila hasil dah siap hati yang penat akan sejuk dan gembira kembali....




Ni saja je nak tunjuk kat kengkawan gubahan hantaran n pelamin yang tak seberapa. Ni aku buat masa adik aku kawin...
Hmmm seronok buat keje2 ni boleh hilang segala masalah ( bagi aku je kot orang lain xtau le boleh hilang masalah tak..)