Friday, August 21

Program RIMUP

Pertandingan Pakaian Tradisional
Tarikh : 21 Ogos 2009 ( Jumaat )
Tempat : SJK ( C ) Ong Pong 2, Pandan Mewah.


Peserta Sekolah Kebangsaan Pandan Indah;
1. Raja Elly Syazleen ( Busana Puteri Perak )
2. Annalia Logam ( Busana Iban )
3. Nur Izzati Aiman ( Busana Minangkabau )






SKPI telah mendapat TEMPAT KE-2 acara individu melalui BUSANA IBAN ( Annalia Logam )
dan bagi acara kumpulan SKPI telah memenangi Kategori Khas iaitu Busana Terbaik....
Tahniah buat Annalia, Raja Elly Syazleen dan Nur Izzati aiman.

Wednesday, August 12

PERTANDINGAN TARIAN PRA SEKOLAH DAERAH HULU LANGAT 2009


ALHAMDULILLAH....Hari ni 12 Ogos bertempat di Sk Tun Abdul Aziz Majid ( SKTAAM ), PRA SK PANDAN INDAH BUAT PERTAMA KALINYA MENAMBAT HATI JURI UNTUK MEMENANGI TARIAN RAMPAI TRADISIONAL ( NAIB JOHAN )
BERKAT KESABARAN AKHIRNYA USAHA MEMBUAHKAN HASIL...ANAK2 PRA NI MEMANG BERBAKAT DAN PANDAI MENARI...




Tahniah buat anak2 pra SKPI sebab kalian bersungguh-sungguh...sepuluh anak pra yang membanggakan NOLLY, ADHA, AKMA, MIKAEL, ADLI, SYAMIRA, KARMILA, ALIYA, KARTIGA, dan AIN. Tahniah sebab kalian merangkul gelaran Naib Johan.


Bukan tidak menerima kenyataan hanya menjadi Naib Johan tapi ini hakikat sepatutnya SKPi menjadi johan(yelah dah diberitahu pun SKPI menang dan akan membuat persembahan semula untuk dipertontonkan dihadapan tetamu VIP..tiba2 last2 minute keputusan diubah ) Hal ini kerana pengaruh dalaman maka SKPI disingkirkan ke tempat kedua...antara perkara yang perlu dipertikaikan ialah ;

1. Ketua hakim adalah dari sekolah yang menang tu ( taknak sebut nama sekolah ) bolehke macam tu...???? Mentang2lah sekolah tu urusetia, boleh buat sesuka hati je...
2. Setiap lagu iringan mestilah tanpa suara...lagu bersuara TIDAK DIBENARKAN...
( sekolah yang menang ada guna lagu yang bersuara )...dah langgar syarat pun boleh menang ke???...




Apabila difikir, direnung, ditafsir semula kenapa SKPI tidak menjadi JOHAN...semuanya ada hikmah disebalik yang berlaku;

1. Kalau Johan sudah pasti banyak lagi masa anak2 ni perlu latihan dan akan banyak meninggalkan waktu belajar....( sebab kalau dah menang daerah kena pula bertanding negeri..)
2. aku dapat memberi tumpuan kembali terhadap anak2 1 Bestari n 5 Bestari...( boleh mengajar mereka dengan lebih sempurna )...yelah bila buat latihan pra p&p banyak yang terganggu...kesian anak2...maafkan cikgu ye...


Jadi, walau pun mendapat tempat kedua kami ( aku, kak nad, kak ita, Wan Fadhilah, Atiah, n kak Suzi) tetap berpuas hati dan bersyukur serta bangga atas kemenagan ini....semoga tahun depan rezeki akan berpihak lagi...

Saturday, August 8

SKPI...Gotong Royong

Sabtu, 8 Ogos - Awal pagi aku dah pi sekolah..ari ni ada gotong royong anjuran PIBG SKPI....sesampai je aku kat sekolah aku terperanjat sebab cikgu hanya ada dua 3 orang je, yelah baru jam 8 ( awal lagi ) dan antara cikgu2 yang ada tu adalah GURU BESAR( Awalnye gb bisik hatiku...dan sedikit pelik sb PK sorang pun belum sampai )
Mungkin hari ni satu keajaiban...Seperkara lagi sepanjang aktiviti gotong royong dijalankan GB sangatlah prihatin..memantau setiap kawasan untuk melihat sambil membantu...( tak nampak sekali pun aku tgk dia duduk sepanjang gotong royong )...Petanda baikkah??? Harap2lah...Kalau begini sikapnya yang prihatin Syukurlah...Aman SKPI...
( Tapi aku masih melihat orang kiri GB tetap hanya jadi pemantau...pikirlah siapa org tu...)






Berbalik tentang aktiviti gotong royong...best sangat..pertama kali aku join aktiviti SKPI yg paling tenang dan dengan rela hati...mungkin rakan2 dipersekitaran aku yang semuanya ok2...hari ni aku membantu membuat Taman Batu berhampiran kolam ikan yang diketuai oleh PK HEM...dan rata2 yang membantu sangatlah menyenangkan hati aku..( walau yg tolong tu bkn tersenarai dalam AJK Taman Batu...tapi mereka dengan rela dan bersungguh membantu selepas kerja mereka selesai..)




Walau pun penat tapi aku suka sangat sebab dapat menjalankan aktiviti dengan penuh keikhlasan..ALhamdulillah..

catatan : Terima kasih kawan2 yang membuatkan hatiku ikhlas dalam melakukan sesuatu....

Thursday, August 6

Minggu Panitia Muzik

PERTANDINGAN NYANYIAN DAN GERAKAN ( TAHUN 5 DAN TAHUN 1 )
TARIKH : 5 OGOS 2009 ( RABU ) - PERTANDINGAN UNTUK TAHUN 5
TARIKH : 6 OGOS 2009 ( KHAMIS ) - PERTANDINGAN UNTUK TAHUN 1

Buat pertama kalinya aku terlibat secara langsung dengan panitia muzik...so, ghairahnya lain macam sikit...tahun ni team panitia muzik menganjurkan Pertandingan Nyanyian dan Gerakan yang berkonsepkan lagu rakyat, patriotik atau tradisional...tujuannya adalah untuk mencungkil bakat anak2 SKPi...memang berkesan sebab selama ni mungkin ramai yang tak diberi peluang...jadi time mcm nilah anak2 SKPi mempamerkan bakat masing2...menarik dan teruja dengan kreativiti dan kesungguhan yang ditunjukkan....( terutamanya tahun 5 yang mampu berlatih dan mereka persembahan sendiri secara berdikari)

Harapan aku agar aktiviti mencungkil bakat anak2 SKPi seperti ni akan diadakan lagi untuk masa akan datang...( mungkin pada sambutan hari kanak2 boleh kot....)

Jadi seperti biasa aku suka ambil gambar sebagai kenangan untuk aku tua2 nanti...he he..so meh kita tatap sama2...








Dah nama pun pertandingan..mesti ada pemenang kan...( secara keseluruhan semua persembahan best...)

KEPUTUSAN TAHUN 5
johan( 5 Bestari )
ke-2 ( 5 Amanah )
ke-3 ( 5 Ikhlas )
ke-4 ( 5 Cekal )
ke-5 ( 5 Murni )
k3-6 ( 5 Jaya )
ke-7 ( 5 Dedikasi )
ke-8 ( 5 Gigih )

KEPUTUSAN TAHUN 1
johan ( 1 Bestari )
ke-2 ( 1 Gigih )
ke-3 ( 1 Dedikasi )
ke-4 ( 1 Cekal )
ke-5 ( 1 Amanah )
ke-6 ( 1 Murni )
ke-7 ( 1 Ikhlas )
ke-8 ( 1 jaya )


catatan ;
Pada akhir aktiviti, aku dapat ;
1. murid2 skpi memang ada bakat kalau digilap.
2. murid skpi dah pandai berdikari n mampu buat sesuatu persembahan sendiri..
3. murid dpt meluangkan minda n cikgu2 pun boleh kurangkan tekanan...