Wednesday, June 24

KAWAN TAK MAU LAWAN



Kawan - Kawan
Kenapa Mau Lawan
Kitakan Kawan
Dulu Sama - Sama
Kongsi Teh Secawan

Kawan - Kawan
Kenapa Mau Lawan
Orang Lain Maju Kedepan
Orang Kita Cari Jalan
Jatuhkan Kawan

Kawan - Kawan
Kenapa Mau Lawan
Kan Ke Cukup Rezeki Tuhan
Buat Kita Ramai - Ramai Makan

Kawan - Kawan
Bukan Nak Cari Lawan
Sekadar Nak Ingatkan Teman
Hati - Hati Dengan Gunting Dalam Lipatan

Kawan - Kawan
Kita Sama - Sama Cari Makan
Bila Fikir Masa Depan
Jangan Tabur Pasir Dalam Periuk Kawan

Kawan - Kawan
Cuba Dikaji Orang Tua Pesan
KAWAN JADI LAWAN
LAWAN JADI KAWAN


Tuesday, June 16

KeMbALi BeRsAmA HaSiL TaNGaN

Sedar tak sedar hampir 2 minggu aku melupakan dan mengabaikan blog ni.. kali ni aku kembali dengan bingkisan yang tak seindah rupa.....almaklumlah sibuk sikit bercuti, he he..

SEBENARNYA CUTI SEKOLAH BARU BARU NI ( minggu pertama cuti Rabu dan Khamis ) AKU MENGIKUTI KELAS MENJAHIT ANJURAN WANITA UMNO...WALAUPUN AKU BUKAN WANITA ATAU PUTERI UMNO TAPI AKU TETAP PI SEBAB YANG PERTAMANYA FREE KELAS TU...APA LAGI AKU AJAK LE KAK NAD YANG MASA TU ADA KAT SEKOLAH... HMMM TATAPLAH BINGKISAN YANG TERSEDIA NI SEPANJANG DUA HARI AKU DAN KAK NAD PI KELAS MENJAHIT TU....


Inilah antara Wanita Wanita Umno yang join kelas jahitan ni....aku n kak Nad tumpang je...buat2 muka tak malu ( malu jugak tau, yelah i sorang je bkn mak org kat situ )


Pelajaran pertama : Ukur baju di badan sendiri...apa lagi gelak sakan le...sebab nak buat baju kurung ni, jadi aku terpaksa le lebihkan ukuran kat tempat2 tertentu...( yelah buat baju untuk Bondaku )


Selepas ukur Baju di badan sendiri buat dasar pulak...buat di kertas sebelum potong kain...masa ni le macam nak tercabut pinggang sb lama bersila atas lantai...kat sebelah aku tu kakak sporting ( kak Ina - wakil wanita Taman Muda )


Gunting kain untuk buat baju...ni le proses paling leceh sb nak kena buat satu2...maklumlah baju kurung kan banyak bahagian..pesak le, kekek le, basi le..pelik2 nama dia...tapi nak belajar kenalah buat...


Jahit : ni aku suke..nak cantum semua bahagian yang telah dipotong...( sebenarnya aku pun terkial2 gak nak guna mesin ni...tp ok jugak le dari wanita2 lain yang ada jugak langsung tak tahu nak guna..xpe kite belajar sama2..) Kat sebelah aku tu kak Ana, dialah yang offer aku join kelas jahitan ni...Time kaseh kak Ana...


Ni aku sedang nak buat kain susun tepi...tak susah pun buat kain ni...cuma pinggang je rumit sikit...apa pun dah past, he he...( sebenarnya kain deberi sepasang untuk baju dan kain tapi aku tibe2 je kain guna kain lain..yelah dah pandai sangat gunting kain sampai tak cukup..he he he..xpe saya kan baru belajar...)


Bersama Cikgu Nik ( dari Puchong bkn yang ada kat SKPI )...dah siap baju dan kain aku amik ilmu pulak untuk kemaskan leher, buat mata lalat. (ni pertama kali aku tau mata lalat buat kat leher...hmm jahilnye...)ok gak mata lalat aku buat tapi ada mata yang juling, rabun dan macam2 lagi....


Ni sebelum balik...nak siapkan leher dengan mata lalat bersama kakak kakak ni..kak Ana dan kak Uji....


Jeng je jeng...dengan rasa bangganye ( tanpa rasa takbur dan bongkak ) ni hasil tangan aku...seronok dalam kepenatan...baju ni aku dah kasi Bonda aku kat Langkawi nun..Bondaku suke sgt siap bagi cadangan suruh aku bt lagi untuknya..terharu, sebab memberi galakan dalam apa jua yang ku lakukan.....
Buat semua...tunggu koleksi2 yang bakal ku hasilkan..( cewah berangan )

Sekian......TAMAT


Tuesday, June 2

KeiNgiNaN YaNg TiADa BeRkuDrAt

Hanya sekadar berkongsi :
INI MERUPAKAN SALAH SATU TARIAN YANG MEMIKAT HATI...BERTUAH SESIAPA YANG MENARIKANNYA. NAMUN, ITU HANYA SEKADAR ANGAN2 KERANA TARIAN INI ADALAH TERLALU SUKAR UNTUK DITARIKAN..( MAU TERKEHEL SANA SINI )...DEK KERANA TIDAK MAMPU UNTUK MENARI DAN MEMPELAJARI JADI CUKUPLAH SEKADAR MENONTON DAN MENGETAHUI TENTANG LATAR BELAKANG TARIAN INI...MEH LE SAMA2 BACA CORETAN NI..HARAP TIDAK LE BOSAN...


Tarian klasik Bharata Natyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi, yang mana untuk menguasainya perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari demi untuk mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati ini secara lengkap, penuh dengan kegemilangan.
Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam peringkat di kenali sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan Nritya ( Tarian Ekspressi )


Interpretasi umum untuk nama Bharata Natyam:
BHA (ekspresi) + RA (muzik) + TA (irama) + NATYAM (tarian) = Bharata Natyam

Bharata Natyam merupakan manifestasi daripada idea dahulu kala iaitu perayaan alam semesta yang kekal melalui perayaan dari keindahan tubuh manusia. Beberapa teknik dalam Bharata Natyam boleh dikesan balik pada gaya Kaisiki. Semasa zaman pertengahan, raja-raja setempat sering mengundang penari-penari di candi iaitu devadasi untuk menari di istana, peristiwa ini melahirkan penari-penari kategori baru iaitu rajanarthakis. Seorang devadasi harus memenuhi jiwa sendiri semasa menari dan berserah kepada Tuhan, tetapi rajanarthaki menari untuk tujuan hiburan semata-mata. Walaupun sebahagian besar penari Bharata Natyam pada masa itu adalah menari untuk tujuan hiburan, namum begitu, tarian gaya Natya Shastra adalah tarian suci dalam upacara Hindu untuk meninggikan rohani para penonton.


Bharata Natyam adalah tarian yang dipersembahkan secara solo dengan dua aspek, pertama ialah lasya iaitu wanita yang lemah lembut, dan kedua ialah tandava iaitu aspek maskulin, yang sama konsep dengan Yin dan Yang di budaya Cina. Kejatuhan kerajaan Hindu di selatan menandakan kehilangan tarian gaya Natya Shastra. Tarian yang suci ini telah hilang ditelan zaman.


Monday, June 1

SAmBUTan Hari GUru SK PAnDaN InDaH 2009

PeRsEmBahAn tArian dAripAdA pAsUkAn tArian seKOLAH kEb pAndAn iNdAh....



ANTARA PERSEMBAHAN LAIN DIPERSEMBAHKAN OLEH MURID-MURID SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU SK PANDAN INDAH 2009...


KOIR DARIPADA MURID TAHUN 6 " LAGU : sEMpuRnA"


kUMPULAN nASYID dARIPADA mURiD tAHUN sATu aMANaH..bAcKUP bY mURID tAHUN 6 DAN 5


dEkLAmAsi sAJAK dARiPADA muRiD-mURiD tAHUN duA.. " saLaM bUaT gURu"
DAN kOir MuRiD-mUrid TAHun sAtU..." jASa gUrU"



Persembahan sempena Hari Guru SKPI 2009 semuanya meriah...Kesungguhan dan semangat murid-murid untuk menghidangkan sesuatu kepada guru-guru tersayang amat membanggakan..walaupun anak-anak ni sibuk mentelaah buku untuk peperiksaan pertengahan tahun namun mereka tetap bersemangat berlatih. Aku selaku ketua Jawatankuasa Persembahan murid merakamkan jutaan terima kasih buat anak-anak ni walau hanya dapat mencuri masa untuk berlatih..nah inilah hasilnya sangat BOOM!!!!. Cikgu2 lain juga tima kasih atas komitmen membantu, cikgu Nadrah, Cikgu Zaima, Ustzah CT Eshah, Ustzh Nazariah, dan
terutamanya semua cikgu2 Tahun satu
...anda semua Team Kerja yang terbaik...Hanya Allah dapat membalas budi baik kalian...


GAmbAR kENANGAN : gURU-gurU sPORTiNG ( gambar dirakam di dalam kelas 1B..cAntik tak? heeee )...gURU2 ni bUAT peRsEmBAHAN tARiAN...


AKU RASA SEPANJANG BERADA DI SK PANDAN INDAH INI MERUPAKAN SAMBUTAN HARI GURU YANG SEDERHANA TAPI PALING MERIAH ( walau ada sedikit duka ).....TAHNIAH KEPADA SEMUA GURU YANG MENERIMA ANUGERAH..YANG TAK DAPAT TAHUN NI INSYAALLAH TAHUN DEPAN REZEKI KALIAN PULA....