Thursday, August 6

Minggu Panitia Muzik

PERTANDINGAN NYANYIAN DAN GERAKAN ( TAHUN 5 DAN TAHUN 1 )
TARIKH : 5 OGOS 2009 ( RABU ) - PERTANDINGAN UNTUK TAHUN 5
TARIKH : 6 OGOS 2009 ( KHAMIS ) - PERTANDINGAN UNTUK TAHUN 1

Buat pertama kalinya aku terlibat secara langsung dengan panitia muzik...so, ghairahnya lain macam sikit...tahun ni team panitia muzik menganjurkan Pertandingan Nyanyian dan Gerakan yang berkonsepkan lagu rakyat, patriotik atau tradisional...tujuannya adalah untuk mencungkil bakat anak2 SKPi...memang berkesan sebab selama ni mungkin ramai yang tak diberi peluang...jadi time mcm nilah anak2 SKPi mempamerkan bakat masing2...menarik dan teruja dengan kreativiti dan kesungguhan yang ditunjukkan....( terutamanya tahun 5 yang mampu berlatih dan mereka persembahan sendiri secara berdikari)

Harapan aku agar aktiviti mencungkil bakat anak2 SKPi seperti ni akan diadakan lagi untuk masa akan datang...( mungkin pada sambutan hari kanak2 boleh kot....)

Jadi seperti biasa aku suka ambil gambar sebagai kenangan untuk aku tua2 nanti...he he..so meh kita tatap sama2...








Dah nama pun pertandingan..mesti ada pemenang kan...( secara keseluruhan semua persembahan best...)

KEPUTUSAN TAHUN 5
johan( 5 Bestari )
ke-2 ( 5 Amanah )
ke-3 ( 5 Ikhlas )
ke-4 ( 5 Cekal )
ke-5 ( 5 Murni )
k3-6 ( 5 Jaya )
ke-7 ( 5 Dedikasi )
ke-8 ( 5 Gigih )

KEPUTUSAN TAHUN 1
johan ( 1 Bestari )
ke-2 ( 1 Gigih )
ke-3 ( 1 Dedikasi )
ke-4 ( 1 Cekal )
ke-5 ( 1 Amanah )
ke-6 ( 1 Murni )
ke-7 ( 1 Ikhlas )
ke-8 ( 1 jaya )


catatan ;
Pada akhir aktiviti, aku dapat ;
1. murid2 skpi memang ada bakat kalau digilap.
2. murid skpi dah pandai berdikari n mampu buat sesuatu persembahan sendiri..
3. murid dpt meluangkan minda n cikgu2 pun boleh kurangkan tekanan...


6 comments:

Norhuda Ahmad said...

yaya tahniah sbb 1b jadik johan. yg petang tadipun ok jugak...tengoklah sape jadi jurinya hehehe...harap2 keputusan nya tak jadik kontroversi

Yasminhamid said...

terima kasuh sangat sebab tolong akak handle 2 kelas tu. Allah je yg dapat membalas budi baik yaya

azhariahzuber said...

memang aktiviti mcm ni dpt kurangkan tekanan murid n cikgu..huhuhu...tak l;upa, tahniah menang!!!

yayaIBRAHIM said...

kak huda n azza..tq..alah budak2 tu memang berbakat dan ada kelebihan....dah rezeki doirg utk menang..( sb kelas lain pun memberi saingan )..
kak min, apalah sgt bantuan saya... hari ni hari kak min, esok lusa mana tau ari saya pulak....

Ng Soo Ching said...

Wah, hebatnya minggu Panitia Muzik sekolah anda. Di sekolah saya pula, tiada aktivti seperti sekolah anda. Cuma ada pertandingan nyanyian tanpa muzik sahaja. Ini adalah kemungkinan tiada murid yang berbakat dan guru yang mahir.

yayaIBRAHIM said...

Soo Ching,
Sekolah saya biasa2 saja...aktiviti macam ni pun baru kali pertama dijalankan...
Sekolah awak bukan murid atau guru tak berbakat tapi mungkin masa dan peluang tiada...