"...PaBiLa iRaMa BerENtak, LeNgGoK bertiNGkah, Kaki DaN JeMari LeNtik DiGeRaK SeNaDa, MeNyuSUn LanGKah GeMalai PesOna, BuDaYa TeriNDAh TeRjuNjuNg SeRata..."
Wednesday, August 12
PERTANDINGAN TARIAN PRA SEKOLAH DAERAH HULU LANGAT 2009
ALHAMDULILLAH....Hari ni 12 Ogos bertempat di Sk Tun Abdul Aziz Majid ( SKTAAM ), PRA SK PANDAN INDAH BUAT PERTAMA KALINYA MENAMBAT HATI JURI UNTUK MEMENANGI TARIAN RAMPAI TRADISIONAL ( NAIB JOHAN )
BERKAT KESABARAN AKHIRNYA USAHA MEMBUAHKAN HASIL...ANAK2 PRA NI MEMANG BERBAKAT DAN PANDAI MENARI...
Tahniah buat anak2 pra SKPI sebab kalian bersungguh-sungguh...sepuluh anak pra yang membanggakan NOLLY, ADHA, AKMA, MIKAEL, ADLI, SYAMIRA, KARMILA, ALIYA, KARTIGA, dan AIN. Tahniah sebab kalian merangkul gelaran Naib Johan.
Bukan tidak menerima kenyataan hanya menjadi Naib Johan tapi ini hakikat sepatutnya SKPi menjadi johan(yelah dah diberitahu pun SKPI menang dan akan membuat persembahan semula untuk dipertontonkan dihadapan tetamu VIP..tiba2 last2 minute keputusan diubah ) Hal ini kerana pengaruh dalaman maka SKPI disingkirkan ke tempat kedua...antara perkara yang perlu dipertikaikan ialah ;
1. Ketua hakim adalah dari sekolah yang menang tu ( taknak sebut nama sekolah ) bolehke macam tu...???? Mentang2lah sekolah tu urusetia, boleh buat sesuka hati je...
2. Setiap lagu iringan mestilah tanpa suara...lagu bersuara TIDAK DIBENARKAN...
( sekolah yang menang ada guna lagu yang bersuara )...dah langgar syarat pun boleh menang ke???...
Apabila difikir, direnung, ditafsir semula kenapa SKPI tidak menjadi JOHAN...semuanya ada hikmah disebalik yang berlaku;
1. Kalau Johan sudah pasti banyak lagi masa anak2 ni perlu latihan dan akan banyak meninggalkan waktu belajar....( sebab kalau dah menang daerah kena pula bertanding negeri..)
2. aku dapat memberi tumpuan kembali terhadap anak2 1 Bestari n 5 Bestari...( boleh mengajar mereka dengan lebih sempurna )...yelah bila buat latihan pra p&p banyak yang terganggu...kesian anak2...maafkan cikgu ye...
Jadi, walau pun mendapat tempat kedua kami ( aku, kak nad, kak ita, Wan Fadhilah, Atiah, n kak Suzi) tetap berpuas hati dan bersyukur serta bangga atas kemenagan ini....semoga tahun depan rezeki akan berpihak lagi...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Bawa bersabar ye... semua yang berlaku tu ada hikmahnya.
still the best among the best....
Alhamdulillah...syukur yang tidak terhingga atas apa yang dikurniakan...
INGAT INGAT SELALU...BILA DI ATAS..PUTARAN AKAN BERGERAK SEMULA KE BAWAH...INGATKAN K.NAD JUGA BILA TERLUPA...WE DID WAT WE COULD...SYUKUR...
Post a Comment